feedburner

Web ini BUKAN diciptakan untuk membalas caci maki warga Indon terhadap negara dan warga Malaysia tetapi didasari atas ingin membetulkan keadaan yang semakin meruncing dan semakin parah. Tahap kebencian mereka semakin kritikal dengan buta fakta terhadap asal-usul Malaysia itu sendiri.

Antara KLCC dan Candi Prambanan


Membandingkan KLCC dan Candi Prambanan merupakan satu kebetulan seperti kebetulannya bentuk serta warna diantara bendera Indonesia dan Poland atau Singapore. Jika kami mengatakan bendera Indonesia meniru Poland pasti orang Indon akan memberi seribu satu sebab mengapa terjadi kemiripan begitu. Begitu juga kami. Jika bangunan (Gedung) tersebut direka oleh arkitek Malaysia mungkin kita boleh mengsangsikan ada unsur plagiat didalamnya, namun perekanya adalah dari bangsa asing bernama César Pelli. Hanya arkiteknya yang tahu mengapa beliau membentuk KLCC ini dengan sedemikian rupa. Pergilah tanya beliau mengapa bentuk KLCC berbentuk begitu.

Saya amat percaya sebahagian besar rakyat Malaysia terlepas pandang dalam hal ini. Jika rakyat Malaysia menyedarinya pada peringkat awal kemungkinan besar pasti ada 'feedback' yang menuntut agar perubahan besar patut dilakukan. Ini kerana masyarakat Islam di Malaysia amat sensitif jika ada sesuatu benda seperti rumah, kereta (Mobil) dan sebagainya mempunyai rekabentuk yang menyerupai atau terdapat unsur-2 bukan agama islam. Namun kini ia sudah terlambat untuk melakukan perubahan.

Pernah terjadi satu ketika dulu keriuhan umat islam Malaysia yang tidak berpuas hati atas sebuah model kereta nasional Proton Saga yang dinamakan Iswara. Itu baru nama, bayangkan jika ia sebuah bangunan dan mercu kebangaan, mungkin ini tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam secara total.

Di Indonesia sendiri pun mempunyai sebuah monumen Nasional yang mirip dengan monumen dunia yang lain. Adakah ia juga plagiat? Seperti rekabentuk Monumen Nasional ditambah beberapa accesories tambahan agar hilang kesamaannya namun bentuk asas tetap kelihatan seperti Washington Momument di US.

0 comments:

Post a Comment