feedburner

Web ini BUKAN diciptakan untuk membalas caci maki warga Indon terhadap negara dan warga Malaysia tetapi didasari atas ingin membetulkan keadaan yang semakin meruncing dan semakin parah. Tahap kebencian mereka semakin kritikal dengan buta fakta terhadap asal-usul Malaysia itu sendiri.

Kenapa kita gelar mereka Indon?.


Banyak orang Indon marah dan kurang selesa mengapa kita mengelar mereka Indon memandangkan panggilan tersebut sepertinya merendahkan-2kan akka meremehkan martabat sebagai sebuah bangsa merdeka tanpa mengambil kira lidah kita yang sudah sebati dengan panggilan itu dan agak sukar dipisahkan. Tambahan pula ia merupakan cara kita menyingkatkan sesuatu ayat agar mudah disebut tanpa ada apa-apa perasaan disebaliknya. Generasi muda Malaysia selama ini tidak menyedari bahawa panggilan itu sebenarnya adalah bentuk penghinaan kepada rakyat Indonesia sehinggalah berlakunya kekecohan yang dilakukan oleh orang Indon sendiri di internet dan sebagainya

Saya akui memang benar satu ketika dahulu ia merupakan panggilan yang berbunyi merendahkan bangsa dan martabat Indonesia kerana ayat begitu terlalu baru namun sejak kebelakangan ini kata kosa ini sudah menjadi amat biasa dan menjadi lumrah dikalangan orang Malaysia malah pekerja asing Indon sendiri pun tidak merasa apa-apa jika mereka digelar Indon. Kalau ditanya pasti anda akan mendengar jawapan mereka seperti "saya orang INDON bang". "INDONnya di Surabaya kak" Mungkin mereka merasakan ia hanya sebuah nama ringkas untuk sebuah panggilan dan tidak bermaksud apa-2 disebaliknya. Mungkin kerana kita bertanya dengan ikhlas maka mereka tidak merasa terhina dan panggilan yang sudah biasa didengar. Nama Indon adalah kependekan dari nama INDONesia dan sedikit pun tidak ditambah apa-apa di atasnya. Mengapa orang Indonesia merasa tersingung dan terhina? Saya ulangi - Kami tidak menambah satu ayat pun diatasnya-. Mengapa mereka harus memaksa kita untuk tidak menyebut nama tadi? Bukankah itu nama mereka?. Tidakkah mereka sedar ada banyak lagi bangsa dan negara lain mengelar mereka Indon?. Di Malaysia sendiri pun ada sebuah bangsa pendatang digelar Bangla atau Mat Bangla (bagi Lelaki) dan Minah bangla (bagi perempuan). Namun mereka sedikit pun tidak memprotes. Jika ader seorang insan bernama Ahmad dan tidak senang di panggil Mad. Mungkin saya sarankan tukarlah nama lain. Janganlah menggunakkan nama tersebut.

Ibarat tepuk berbalas tampar, mereka terang-terangan mengubah nama Malaysia seperti malingsia iaitu padanan Maling (pencuri) dan Sia = Malingsia, Malon dan sebagainya. Kalau Brunei mereka akan menyebut sebagai BERUKnei. Ibarat jika kita menyebut nama bapak mereka dengan panggilan singkat maka orang lain telah memodifikasi nama bapa kita dengan gelaran tidak baik didengar. Jika ingin bertindak balas sekalipun, mengapa mereka tidak mengelar kita Malay kependekan dari MALAYsia. Mengapa ada perlu ditambah ayat atau unsur penghinaan diatas nama tadi?...