feedburner

Web ini BUKAN diciptakan untuk membalas caci maki warga Indon terhadap negara dan warga Malaysia tetapi didasari atas ingin membetulkan keadaan yang semakin meruncing dan semakin parah. Tahap kebencian mereka semakin kritikal dengan buta fakta terhadap asal-usul Malaysia itu sendiri.

Adakah ini benar?

Negara Malaysia dibentuk di atas sebuah perjanjian antara Inggris dan Malaysia. Pasal VI perjanjian yang ditandatangani di London pada 9 Juli 1963 tertera: Pemerintah Malaysia harus mengizinkan pemerintah Inggris menggunakan haknya dalam meneruskan pemeliharaan pangkalan-pangkalan militer dan fasilitas-fasilitas yang kini dipegang oleh penguasa militer Inggris di Singapura dan pemerintah Malaysia harus mengizinkan pemerintah Inggris mempergunakan pangkalan-pangkalan tersebut jika sewaktu-waktu Inggris perlu.

Selain itu, Malaysia mengizinkan Inggris menyewa tanah selama 999 tahun untuk dijadikan pangkalan militer. Sebagai contoh, Naval Base Sembawang 999 tahun. Kanji juga 999 tahun. Di samping itu, masih banyak tempat lain: Loyang Yurong bukit tombok, Mount Faber, dll. Saya menghitung, jika perjanjian itu ditandatangani tahun 1963, dan berlaku untuk 999 tahun ke depan, itu artinya, Malaysia masih menjadi negara “jajahan” Inggris sampai tahun 2962 Masehi…..

Artikel yang sempat disebarluaskan di Indonesia? adakah ini benar? Dimana kebenarannya? jika benar.. kenapa tidak dimasukkan kedalam mata pelajaran di sekolah-2? saya begitu bertambah hairan dengan perjanjian seperti ini. Adakah kita masih diperalatkan oleh Inggeris? Setahu kami, kami tidak pernah di control oleh sesiapa pun...
Yang menjadi bertambah hairan mengapa Malaysia tidak menolak perjanjian seperti ini?. Bukankah kita mempunyai kedaulatan penuh setelah merdeka pada 1957? Bukankah Malaysia menentukan nasibnya sendiri?

Pautan:-
  1. Notable Articles 9 Juli 1963 - tidak ditunjukkan artikel (pasal) 1 sehingga 4 sewaktu pembentukan persekutuan tanah Melayu. kemana artikel perjanjian tersebut?
  2. Naval Base Sembawang - Bukankah ia sudah termasuk dalam wilayah negara Singapura?
  3. Kanji - nama sejenis bubur nasi yang tidak pernah kedengaran namanya diwilayah Malaysia.
  4. Loyang Yurong bukit tombok - Tolong carikan nama tempat ini di Malaysia. sudah puas saya mencarinya namun tidak pernah bertemu.
  5. Mount Faber - Ini juga berada di Singapura.
Dalam arti kata lain. Malaysia sudah hilang hak penuh terhadap Singapura setelah kemerdekaan Singapura pada tahun 1965. Maka dengan ini di harap tidak ada lagi buruk sangka bahawa Malaysia telah menyewakan pengkalan tenteranya untuk kerajaan Inggeris selama 999 tahun hatta bonekanya. Ini semua rekayasa untuk memburukkan Malaysia sahaja.
Malaysia tidak boneka kepada sesiapa pun. Tidak ada negara yang membantu jika Malaysia ditimpa kesusahan. Kepentingan Inggeris telah pun lenyap dengan berdirinya persekutuan tanah Melayu pada tahun 1963.

Melayu seperti Yahudi?


Aduh... terkelu lidah ini tatkala membaca artikel seorang pejuang indonesia mengenai pendapat beliau agak keras dan keterlaluan mengenai Tabiat orang Melayu seperti Yahudi. Sampai begini jauhnya pandangan mereka terhadap kita. Tidaklah aku menyangka yang mana kita menganggap mereka saudara terdekat malah kita dibalas satu ayat yang tidak dapat diterima oleh akal sihat. Menyamakan kita seperti Yahudi seolah-2 kita seperti kaum Laknatullah yang hanya mementingkan diri dan berbuat sesuka hati seperti yang kita lihat sehari-2 di kaca television mengenai layanan Yahudi terhadap Palestin yang di rampas tanah dan harta benda mereka. Aku teringin sekali menjawab dan membandingkan apa yang mereka katakan.


Orang melayu malingsia harus kita beri perhatian khusus, bukan karena mereka orang melayu, tapi karena merekalah yang mengisi pos-pos penting di dalam kehidupan bernegara malingsia. Sehingga hampir semua kebijakan negara, mereka yang mengeluarkan. Penting bagi kita untuk mengetahui karakter orang melayu malingsia sebelum kita mengambil tindakan. Pengalaman saya tinggal di sana, dalam hal politik, orang cina dan india cuma punya peran yang sangat sedikit kalau tidak mau dibilang tidak ada sama sekali. - Waduh bung, terlalu jahatnya kami dimata anda.. saya lebih suka memberitahu anda bahawa satu jari yang menunding kearah orang lain lebih kecil berbanding 4 jari yang menunding kearah anda kembali.

Mari kita bandingkan apakah peran India dan Cina di tempat kami berbanding anda disana. Populasi penduduk Malaysia yang hanya sekitar 1 per 10 dari penduduk Indonesia dan lihat etnis dan suku kaum yang berada didalamnya. Diperkirakan 1/4 bagi orang kaum (ethnis) Cina dan 1/10 terdiri dari kaum (ethnis) India dari keseluruhan penduduknya. Dan kirakan jumlah menteri yang berada didalamnya mengikut kaum (ethnis) dan buat perbandingan. Jika anda menyatakan bahawa dalam hal politik, orang cina dan india cuma punya peran yang sangat sedikit kalau tidak mau dibilang tidak ada sama sekali mari kita buat perhitungan tanpa buruk sangka. Jika dikira dari kesuluruhan jemaah menteri termasuk menteri utama, timbalan (wakil menteri) dan Parlimen Sekretaris kira-kira terdapat : 49 orang Melayu, Cina 24 orang dan India 7 orang serta Sabah dan Serawak 5 orang. Dimana letaknya kenyataan tidak bertangungjawab anda yang telah tinggal di Malaysia selama 5 tahun. Mungkin penulis ini tinggal dikongsi pendatang haram. Maka dia tidak nampak apa yang berlaku disini.

Nah, Bandingkan pula dengan keadaan dan cuaca politik di negara anda. Kelihatannya penduduk Indonesia (seperti juga Malaysia) merangkumi berbagai suku dan ethinis. Berdasarkan cia.gov jelas menunjukkan Indonesia didiami oleh 29% penduduk bukan peribumi. Mungkin dalam 29% tadi berkemungkinan besar 25% adalah bangsa Cina Indon dengan kata lain ia dapat mewakili 1/10 penduduk Indonesia yang berjumlah kurang lebih 250 juta. Dengan jumlah sebanyak itu ia hampir sama dengan penduduk Malaysia keseluruhannya (termasuk di Sabah dan Sarawak). Tapi yang menjadi sangat hairan, tidak ada satu pun bangsa Cina, jauh sekali bangsa India yang mewarnai Parlimen anda? Secara amnya perhitungan ini sama dengan 9 penduduk peribumi dan seorang warga Cina tapi dan secara adil dan saksama ia mestilah sama dengan jika ada 40 ahli parlimen Indonesia sekurang-kurangnya harus ada 4 orang wakil Cina. Adakah ini namanya adil?. Jangan bicara jika tidak ada bangsa Cina dan India di Indonesia tidak berminat menjadi menteri. Tidak masuk akal namanya tuh. Kemana perginya mereka semua? Dan yang lebih menarik lagi kelihatannya anggota Parlimen anda diwarnai oleh kebanyakkan dari Suku Jawa. Dahulu diwaktu zaman batu terdapat seorang warga Cina menjadi menteri anda. Jangan di andalkan yang itu sebagai perbandingan. Kini sudah tiada lagi dan saya rasa tidak mungkin sama sekali mulai hari ini dan mendatang.

Tambah anda lagi - Yang saya perhatikan ketika tinggal di malingsia selama 5 tahun, orang melayu disini menganggap diri mereka seperti “the choosen community”. Mereka selalu merasa spesial, selalu diatas, selalu menang dan tidak ingin kalah. Kalo boleh saya bilang, tabiat mereka hampir mirip-mirip orang yahudi dengan konsep “umat pilihan” Mungkin anda tidak dapat bezakan antara si menumpang dan tuan rumah. Jika di Indonesia sendiri penduduk pendatang seperti Cina dan India adakah dikira sebagai peribumi? Saya tidak yakin sama sekali anda dan rakyat Indon ingin berlaku adil kepada mereka sebagai warga pendatang. Lihat saja di pejabat-pejabat pemerintahan kalian. Mau terasa terkeluar biji (bola) mata ini kiranya saya terlihat ethnis Cina atau India mejawat departement (Jabatan-2) anda. Jangankan peringkat atasan malah pencuci WC (tandas) sekali pun kita tidak akan menjumpainya dan tidak akan ada sama sekali. Sekali lagi jangan jadikan alasan bahawa negara Indon sudah memberi peluang ini dan Ethnis lain tidak berminat... Tidak masuk akal sama sekali. Sifat lumrah ini wujud disetiap manusia atau tuan dinegaranya sendiri. Jika bukan kerja keras Ethnis pendatang mungkin mereka akan dipijak dan direndahkan-2 oleh tuan tanah yang ditumpanginya. Tidak kira dimana sahaja. Ini juga berlaku di Indon mahu pun Malaysia. Negara Thai juga begitu pendatang tidak diberi ruang untuk menyaingi peribumi.

Saya lihat perbedaan yang paling nyata, Ethnis (Kaum) Cina dan India di Indonesia tidak sesekali berani bertindak seperti berdemon di depan gedung MPR kalian. Mungkin kerana takut akan diambil tindakan dan di cop sebagai tidak tahu diri menumpang di negara orang tapi banyak ulah.

Seperkara lagi potongan diskaun untuk bumiputera tidak terlalu banyak, hanya sekitar 10% sahaja. Ini cuma kunci menggalakan pembeli peribumi untuk memiliki rumah yang kadang-2 hanya kaum Cina yang mampu memilikinya. Kerajaan tidak mengalakkan Cina, India dan Melayu tinggal dikawasan mengikut Ethnis. Harga murah ini tidak lain menggalakkan orang Melayu membeli rumah kerana kebanyakkan orang Melayu masih ada yang kurang beruntung dan kurang mampu.

Kenapa bisa seperti itu, padahal orang melayu malingsia itu keturunan suku-suku di indonesia, seperti suku minang, bugis, jawa, bawean, madura, dll, yang kalo di indonesia bisa menerima perbedaan pendapat dan kehendak? Kenapa mereka bisa begitu arogan? Kenapa mereka tidak mempunyai semangat yang sama dengan saudara-saudara se-suku mereka yang di indonesia?Anda mengatakan.. bahawa kami tidak sama seperti kalian di Indonesia yang menerima perbezaan dan kehendak? - Benar kami memang berasal dari Indonesia dan beberapa suku dari Thailand tapi perbezaan kehendak hanya kami turuti dari suku kami (Melayu) sahaja dan kami tidak pernah menganggap Jawa, Madura dan sebagainya adalah suku. Kami akan masukkan mereka ke dalam sebuah ethnis (Kaum) iaitu kaum Melayu. Makanya anda akan lihat parlimen Malaysia seperti Rojak. Tidak didominasi oleh satu suku sahaja. Kalau Di Parlimen Indonesia yang saya perhatikan banyak nama yang dihujungi abjad "Oe" atau "O". Saya tidak percaya jika anda juga menuruti kehendak Ethnis Cina dan India yang mahu menjadi menteri dan meminta yang sama seperti peribumi begitu juga orang Thailand akan menuruti kehendak pendatang, tidak seperti Malaysia dimana ada orang Thailand mengatakan orang peribumi Melayu terlalu baik dan memberi muka kepada pendatang sedangkan satu hari nanti kamu akan dipijak jelasnya. Sedangkan Malaysia mahu berbahagi rezeki ekonomi kepada seluruh kaum namun mengikut budget dan "tuan rumah" mesti diutamakan. Itu sahaja.

Antara KLCC dan Candi Prambanan


Membandingkan KLCC dan Candi Prambanan merupakan satu kebetulan seperti kebetulannya bentuk serta warna diantara bendera Indonesia dan Poland atau Singapore. Jika kami mengatakan bendera Indonesia meniru Poland pasti orang Indon akan memberi seribu satu sebab mengapa terjadi kemiripan begitu. Begitu juga kami. Jika bangunan (Gedung) tersebut direka oleh arkitek Malaysia mungkin kita boleh mengsangsikan ada unsur plagiat didalamnya, namun perekanya adalah dari bangsa asing bernama César Pelli. Hanya arkiteknya yang tahu mengapa beliau membentuk KLCC ini dengan sedemikian rupa. Pergilah tanya beliau mengapa bentuk KLCC berbentuk begitu.

Saya amat percaya sebahagian besar rakyat Malaysia terlepas pandang dalam hal ini. Jika rakyat Malaysia menyedarinya pada peringkat awal kemungkinan besar pasti ada 'feedback' yang menuntut agar perubahan besar patut dilakukan. Ini kerana masyarakat Islam di Malaysia amat sensitif jika ada sesuatu benda seperti rumah, kereta (Mobil) dan sebagainya mempunyai rekabentuk yang menyerupai atau terdapat unsur-2 bukan agama islam. Namun kini ia sudah terlambat untuk melakukan perubahan.

Pernah terjadi satu ketika dulu keriuhan umat islam Malaysia yang tidak berpuas hati atas sebuah model kereta nasional Proton Saga yang dinamakan Iswara. Itu baru nama, bayangkan jika ia sebuah bangunan dan mercu kebangaan, mungkin ini tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam secara total.

Di Indonesia sendiri pun mempunyai sebuah monumen Nasional yang mirip dengan monumen dunia yang lain. Adakah ia juga plagiat? Seperti rekabentuk Monumen Nasional ditambah beberapa accesories tambahan agar hilang kesamaannya namun bentuk asas tetap kelihatan seperti Washington Momument di US.

Indon yang mengagungkan Singapura.

Bukan nak mengata tapi aku ingin menerangkan bahawa orang-2 Indon amat mendewakan negara Singapura atau Singapur (cara orang Indon menyebutnya). Kenapa aku berkata demikian? kerana aku banyak kali ke Indon sebelumnya. Mereka akan merasa diri mereka 'selevel' lebih tinggi jika mereka mempunyai sanak saudara, besan, anak, menantu yang berada disana atau setidak-tidaknya pernah melawat kesana. Rasa bangga diri tidak menentu dan terang-2an itu tidak dapat disorokkan kepada sesama masyarakat mereka sendiri walaupun Singapur memandang mereka semua tak ubah seperti taik. Kenapa? Sila baca lanjutan dibawah

Seperti yang kita tahu Singapura berada di dalam wilayah Malaysia satu ketika dahulu sebelum mencapai kemerdekaan dan berdiri sendiri. Sebuah negara yang melalui banyak pahit getir sebelum mencapai kemajuan yang kita lihat hingga ke hari ini. Satu ketika dahulu ia merupakan sebuah pulau batu yang tidak mempunyai apa-2 sumber alam dan hanya menanti hari untuk rebah jika tiada pertolongan dari jiran-2nya. Namun sangkaan itu meleset dan Singapura maju kedepan malah lebih memalukan ia jauh lebih maju dari Indonesia dan Malaysia itu sendiri.

Berbalik pada sifat orang Indon tadi, Selain Eropah dan US, Singapura adalah pusat kebangaan mereka. Alangkah bangganya tidak terhingga jika mereka memakai baju, tali pingang dan sebagainya yang dibeli dari Singapura. Bagi yang mampu, jika sakit mereka berkejar ke Singapura untuk mendapatkan rawatan, Ratusan juta rupiah dibelanjakan semata-2 hanya untuk berubat sedangkan di hospital Indonesia sendiri pun tidak kurang hebatnya. Kalau mencari alatan elektronik mereka akan Singapura meredahnya. Harga tidak menjadi soal yang penting ia mestilah di beli di Singapura walaupun membazir dan sekurang-2nya boleh membantu bangsa mereka sendiri untuk kepentingan lain. Indonesia merupakan sebuah negara kaya namun sifat Indon sendiri yang terlalu berfoya-foya dan tidak memikirkan masa depannya sendiri menjadikan mereka terus di takuk lama.

Perkara-2 yang Indon terlepas pandang terhadap Singapura.. Jika Malaysia menjatuhi hukum bunuh terhadap rakyatnya. Orang Indon akan terjerit-2 seperti beruk di hadapan kedutaan kita. Tapi kalau Singapore buat "tak apa". Jika Singapore menjatuhkan hukuman sebat (cambuk) terhadap orang Indonesia, sekali lagi "tak apa" dan kalau hukuman mati pun itu "tak apa" "Apa pun yang Singapur lakukan gak menjadi soal, asalkan jangan Malaysia". Ada sebuah cerita dari Tanah Minang bahawa jika ada penyeludup Indon atau (Indon Smugller) ke Singapura dan didapati tertangkap mereka akan dipenjarakan dalam jangkamasa tertentu. Bukan sekadar dipenjarakan malah mereka dirotan (dicambuk) dan setelah selesai tempoh hukuman penjara mereka akan dihantar pulang ke Indonesia dalam usia yang sangat pendek. Banyak orang mengesyaki mereka telah disuntik untuk memendekkan usia mereka. Mungkin ianya kebetulan jika ia berlaku kepada seorang namun banyak bekas penyeludup Indon mati dengan cara yang penuh misteri ini, Dengan kata lain mungkin ini sahaja cara yang tinggal untuk mengajar kaki-2 penyeludup ini. Sekali lagi orang Indon tinggal diam. Tapi kalau pendatang mereka ditangkap dan dihantar pulang dari Malaysia. Mereka akan marah. Jika mereka bendera kita meniru bendera US, mereka mentertawakan-2kan kita macam orang gila. Tapi jika Singapore meniru bendera mereka, sekali lagi dan lagi mereka kata "tak apa". Jadi sahlah orang Indon nie hanya cemburu dengan kita. Kalau ia benar-2 ikhlas ingin mempertahankan budaya dan aset intelektual mereka, mengapa mereka tidak memprotes Singapura? ataupun negara-negara yang melabelkan mereka sebagai Indon? kenapa mereka hanya memprotes kita sahaja?. Banyak lagi negara berkongsi kebudayaan mereka, namun kita kita sahaja yang difokuskan dan dikambing hitamkan ibaratnya hanya kita sahaja penyagak dimata mereka.

Artikel cambuk yang sempat saya ambil beberapa artikel.

“hukuman cambuk di Malaysia beda dengan di Aceh, jika di Aceh diberlakukan diruang terbuka dan cenderung bertujuan hanya memalukan si pelaku,”kata Agung Laksono saat menerima utusan Khusus PBB bidang anti Penyiksaan Profesor Manfreed Nowak, di ruang pimpinan, Gedung Nusantara III, lantai 3, Hari Selasa, (13/11) - bagaimana dengan Sigapura yang mencabuk dengan penuh kehinaan dan pernah mendapat protes US dahulu?.

Kenapa kita gelar mereka Indon?.


Banyak orang Indon marah dan kurang selesa mengapa kita mengelar mereka Indon memandangkan panggilan tersebut sepertinya merendahkan-2kan akka meremehkan martabat sebagai sebuah bangsa merdeka tanpa mengambil kira lidah kita yang sudah sebati dengan panggilan itu dan agak sukar dipisahkan. Tambahan pula ia merupakan cara kita menyingkatkan sesuatu ayat agar mudah disebut tanpa ada apa-apa perasaan disebaliknya. Generasi muda Malaysia selama ini tidak menyedari bahawa panggilan itu sebenarnya adalah bentuk penghinaan kepada rakyat Indonesia sehinggalah berlakunya kekecohan yang dilakukan oleh orang Indon sendiri di internet dan sebagainya

Saya akui memang benar satu ketika dahulu ia merupakan panggilan yang berbunyi merendahkan bangsa dan martabat Indonesia kerana ayat begitu terlalu baru namun sejak kebelakangan ini kata kosa ini sudah menjadi amat biasa dan menjadi lumrah dikalangan orang Malaysia malah pekerja asing Indon sendiri pun tidak merasa apa-apa jika mereka digelar Indon. Kalau ditanya pasti anda akan mendengar jawapan mereka seperti "saya orang INDON bang". "INDONnya di Surabaya kak" Mungkin mereka merasakan ia hanya sebuah nama ringkas untuk sebuah panggilan dan tidak bermaksud apa-2 disebaliknya. Mungkin kerana kita bertanya dengan ikhlas maka mereka tidak merasa terhina dan panggilan yang sudah biasa didengar. Nama Indon adalah kependekan dari nama INDONesia dan sedikit pun tidak ditambah apa-apa di atasnya. Mengapa orang Indonesia merasa tersingung dan terhina? Saya ulangi - Kami tidak menambah satu ayat pun diatasnya-. Mengapa mereka harus memaksa kita untuk tidak menyebut nama tadi? Bukankah itu nama mereka?. Tidakkah mereka sedar ada banyak lagi bangsa dan negara lain mengelar mereka Indon?. Di Malaysia sendiri pun ada sebuah bangsa pendatang digelar Bangla atau Mat Bangla (bagi Lelaki) dan Minah bangla (bagi perempuan). Namun mereka sedikit pun tidak memprotes. Jika ader seorang insan bernama Ahmad dan tidak senang di panggil Mad. Mungkin saya sarankan tukarlah nama lain. Janganlah menggunakkan nama tersebut.

Ibarat tepuk berbalas tampar, mereka terang-terangan mengubah nama Malaysia seperti malingsia iaitu padanan Maling (pencuri) dan Sia = Malingsia, Malon dan sebagainya. Kalau Brunei mereka akan menyebut sebagai BERUKnei. Ibarat jika kita menyebut nama bapak mereka dengan panggilan singkat maka orang lain telah memodifikasi nama bapa kita dengan gelaran tidak baik didengar. Jika ingin bertindak balas sekalipun, mengapa mereka tidak mengelar kita Malay kependekan dari MALAYsia. Mengapa ada perlu ditambah ayat atau unsur penghinaan diatas nama tadi?...